Tuesday, 18 September 2012

Kanye West Sempurna Di Mata Kim Kardashian


LOS ANGELES : Bintang realiti, Kim Kardashian berasakan dia telah menemui pasangan yang sempurna buat dirinya iaitu penyanyi dan rapper, Kanye West.
Menurut Kim Kardashian, dia mahukan anak selepas perkahwinannya dan proses perceraiannya dengan bintang bola keranjang, Kris Humpries berakhir tidak lama lagi.
Kim Kardashian telah 6 bulan menjalinkan hubungan cinta dengan Kanye West dan kini dia sudah mula yakin untuk membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
“Bila tiba waktunya, anda akan tahu sendiri bila saatnya anda menemui pasangan yang sempurna,” katanya,
Kim Kardashian sudah mengenali Kanye West selama 10 tahun. Namun, mereka semakin akrab selepas Kardashian menamatkan perkahwinannya selama 72 hari dengan Humphries. – Murai