Dan Coyne dari Evanston, Illinois tidak tahu dan tidak kenal langsung dengan Myra De La Vega. Beliau hanya tahu yang gadis ini adalah cashier yang sangat beliau suka di sebuah hypermarket, di mana beliau adalah pembeli setia selama 18 tahun.Satu hari beliau perasan bahawa gadis ini semakin kurus lalu bertanyakan kesihatan gadis ini, Myra menceritakan bahawa dia mengalami masalah buah pinggang dan terpaksa menerima rawatan dialisis. Dan Coyne dengan bermurah hati ingin menderma buah pingganggnya kepada gadis ini. Setelah melakukan berberapa ujian, beliau adalah penderma yang sesuai. Pembedahan dilakukan dan kini Myra boleh hidup dengan lebih baik atas ihsan pelanggannya yang setia. =)